Friday, 21 December 2012

19 hADIS nABI mENGENAI wANITA


                


19 hADIS nABI mENGENAI wANITA  
1.    Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".          
2.    Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.         
3.    Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.         
4.    Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.         
5.    Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.           
6.    Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.          
7.    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.         
8.    Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.        
9.    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).        
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.        
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.        
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".         
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.       
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.    
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.       
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.           
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.          
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.           
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Best kan jadi perempuan! Oleh itu, kepada perempuan-perempuan diluar sana, bersyukurlah sebab dilahirkan menjadi perempuan. Erm, jangan salah faham ya, bukan aku nak jadi perempuan, Cuma aku jeles dengan perempuan sebab banyak sangat kelebihan yang Allah berikan pada mereka. Apapun aku tetap berbangga sebab dilahirkan sebagai lelaki. Jadi lelaki ni best, tak payah susah-susah nak mengandung. Hehehe..
Aku pernah dengar 1 ayat yang berbunyi (bukan ayat Quran ye) ‘perempuan paling senang nak masuk syurga & paling senang nak masuk neraka’. Maksudnya kat sini perempuan kalau nak masuk syurga memang sangat senang. Jaga aurat, taat suami & mak ayah, jaga akhlak dan ibadah dapatlah masuk syurga. Kalau lelaki payah sebab mereka banyak tanggungjawab. Kalau nak masuk neraka lagi-lagi lah senang. Aku rasa perempuan-perempuan kat luar sana tu pun tahu kan macamana caranya nak masuk neraka. Rasanya tak perlu nak terang kat sini kot. Huhu.
MORAL OF THE STORY pada hari ini ialah, bersama-samalah kita mempertingkatkan diri menjadi hamba Tuhan yang terbaik tak kiralah lelaki atau perempuan sebabnya Tuhan tu sangat penyayang & banyak berjasa kat kita. Nikmat yang Dia berikan tak terhitung dan tak terbalas oleh kita. Semoga nama kita semua telah di’reserve’ awal-awal dalam syurga Allah. Sama-samalah kita berdoa. Amin………

Sifat Wanita Yang Dijauhi Kaum Lelaki

sifat yang dihindari lelaki

Rasullah ada memesan pada kaum lelaki,Janganlah engkau kahwini wanita yg ada 6 sifat ini.Tau apa dia 6 sifat yg Rasullah pesan pada kaum lelaki? Wawa tau apa pesanan itu.Jadi wawa nak kongsikan dgn anda terutama sekali pada kaum wanita.Pada kaum wanita ketahuilah 6 perkara ini agar kita tak terjerumus dalam mana2 sifat yg ditegah ni.Mohon la pada Allah agar kita sentiasa dlm peliharaannya.
>> Wanita Hananah iaitu wanita yg tak pernah tak pandai nk  bersyukur <<
Dia tak bersyukur dgn jodohnya dan kufur dgn nikmat perkahwinan yg telah ditentukan.
>> Wanita Hadaqah iaitu wanita yg suka memaksa serta mengikut nafsu <<
Wanita jenis ini sangat mementingkan diri sendiri.Mereka suka membeli barangan mengikut kehendak nafsu.Jadi dia akan memastikan serta memaksa suaminya utk membeli barangan tersebut demi kepentingan diri sendiri.
>> Wanita Syadaqah iaitu wanita yg suka membebel <<
Wanita jenis ini suka membebel dan bercakap banyak walaupun benda tu tak penting.Membebel tanpa mengira waktu.Akibat terlebih banyak membebel maka selalunya apa yg dikerjakan tak menjadi.Hanya tau komen saja.
>> Wanita Mananah iaitu wanita yg suka membangga diri serta mengungkit <<
Wanita jenis suka mengungkit walaupun pada benda2 kecil.Serta membanggakan diri walaupun dihadapan suaminya.
>> Wanita Ananah iaitu wanita yg banyak komen <<
Wanita ini memang patut dijauhi oleh kaum lelaki.Kerana wanita jenis ni akan komen apa saja.Baginya ada saja kesalahan yg dilakukan oleh oranglain walaupun suaminya sendiri.
>> Wanita Basaqah iaitu wanita yg suka menunjuk-nunjuk serta suka dipuji <<
Wanita jenis ini gemar menghias diri tetapi bukan utk dirinya atau suaminya.Tetapi utk dipertontonkan pada oranglain utk tujuan menunjuk-nunjuk serta utk mendapatkan pujian.
.

Fakta Tentang Cinta



"Cinta"

Apa itu cinta?Apa yg anda tau tentang cinta?Even budak sekolah rendah pun da pandai nak bercinta.Ish2 kecik2 da pandai nak couple ye..Tapi tau ke erti cinta sebenarnya?Tak tau?Kalau tak tau belajar n habiskan sekolah dulu kasi habis ye dik..Kepada reader sy nk kongsi sikit fakta tentang cinta ni kepada anda..Hope anda boleh accept =)

Cinta memerlukan pengorbanan

 Pengorbanan memerlukan perjuangan demi utk mendapatkan cinta sejati,Perjuangan memerlukan ketabahan demi mendapatkan kejayaan dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran ketika bercinta,Kejayaan setelah mendapatkan cinta adalah kunci kebahagian dalam sesebuah hubungan.

Cinta tak seindah rupa

Anda tak akan rasai betapa indahnya cinta,andai tiada cinta buat yg ESA.

Cinta dan Jodoh
Jodoh selalu bersama cinta tetapi cinta tak selalu bersama jodoh.

Cinta dan Mengapa
Cinta adalah bila anda mempunyai seribu alasan utk meninggalkan pasangan anda,tetapi masih tetap nak mencari 1 alasan utk bertahan.

Cinta tak dengar kata
Cinta sejati tak akan mendengar apa yg dikata,tak paham ape yg tak dijelaskan kerana cinta bukan datang dari bibir, lidah @dari kotak pemikiran sebaliknya cinta datang dari hati.

Find your Love
Love isn't finding someone u can live with.Its finding,someone u can't live without.

True Love
True love doesn't have a happy ending but true love does have an ending.

Love means 
Only He/She can put a smile on your face when u are in sad mood.
  my celoteh ##  Bagi Wawa walau apa pun fakta mahupun auta tentang "CINTA" the things that we must have to remember is "when u have take a decision,always put your trust in ALLAH certainly.Yes HE is the one who we should trust.HE love to those who put their trust in HIM..Allah lebih tau siapa jodoh yg terbaik utk kita:)