Cinta yang tidak
berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga
soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang.
Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta
kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan
perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh
tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai
diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada
mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah
lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang
lain
Melupakan seseorang yang disayangi
amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan
waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita
masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika
terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita
akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
No comments:
Post a Comment