Friday, 8 February 2013

CINTA REMAJA (Bahagian 2)


Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjang pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.
Bagi wanita, cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki, cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung.
Oleh itu, bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.
Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan talipertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.
Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih di bisikkan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari.

No comments: